PerakMan adalah rangka manusia yang tertua yang dijumpai di Malaysia. PerakMan dijumpai di Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 dan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati PerakMan adalah rangka manusia yang telah berusia antara 10000 hingga 11000 tahun.
PerakMan adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Aktiviti utama PerakMan ialah memburu, memungut bahan-bahan yang dapat diperolehi dari hutan dan sungai untuk menjalankan kehidupan.
PerakMan adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai
congenital deformity yang dikenali sebagai
Brchymesophalangia.
PerakMan telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan posisi foetal iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Dia memiliki tangan kiri yang lemah dan satu jari yang cacat. Ia juga dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154-160cm.
PerakWoman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8000 tahun yang dijumpai di Gua Teluk Kelawar di Lenggong.