Monday, December 22, 2014

Pengenalan alam pendidikan

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan seagai perihal mendidik. Ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik atau pengetahuan mendidik. Pendidikan juga diertikan sebagai didikan, latihan dan ajaran. Maka bolehlah dikatakan bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya termaksud semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar.

Perkataan pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. Pendidikan juga merupakan proses pertumbuhan ke arah yang lebih baik bagi mencapai kesempuraan akal, mental dan perkembangan manusia.

No comments:

Post a Comment