Monday, December 22, 2014

Karya akhir perakman

PerakMan 




Pandangan hadapan dan belakang



Pandangan sisi kanan dan kiri



Lima muka ekspresi perakman











                                                                      Perakman yang dipilih

Proses penghasilan

Langkah 1: Membentuk tanah liat untuk menjadinya sebagai wajah PerakMan.







Langkah 2: Lima muka PerakMan telah disiapkan.




                                                                                                                                                    PerakMan yang dipilih
                                                                                                                           




Langkah 3: Membuat pembentuk untuk menghasilkan blok plaster of paris.






Langkah 4: Mencampurkan air dengan plaster of paris, mengacau sehingga menjadi cecair dan menuangnya ke dalam pembentuk yang disediakan. Tunggunya kering.


      




Langkah 5: Membuang tanah liat dari blok plaster of paris.







 Tanah liat yang siap dibuang.




Langkah 6: Membakar timah dan masuk timah yang cair ke dalam ruang kosong pada blok plaster of paris.




 



 Langkah 7: Memecahkan blok plaster of paris untuk mengeluarkan bentuk timah PerakMan.






Langkah 8: Membersih PerakMan yang dikeluarkan dengan air.






Langkah 9: Meratakan timah PerakMan dan membuat kemasan terakhir dengan pembasuh supaya ia akan menjadi kilat.



PerakMan yang siap.



Tokoh- Henry Moore



Henry Spencer Moore (30 Julai 1898- 31 Ogos 1986) merupakan seorang seniman berkebangsaan Inggeris. Henry Moore merupakan salah satu seniman arca paling terkenal pada abad ke-20. Henry Moore memutuskan untuk menjadi seniman arca pada usia 11 tahun setelah beliau mendengar cerita tetang seniman arca terkenal Italia, Michaelangelo.



Contoh karya beliau:

Henry Moore working on the maquette for Atom Piecem alongside an elephants head at his studio in Much Hadlam 1970

elephant skull



Henry Moore OM, CH, 'Animal Head' 1951
 Animal Head 1951
Media: Plaster
Size: 270 x 216 x 295 mm



Latar belakang Perakman



        PerakMan adalah rangka manusia yang tertua yang dijumpai di Malaysia. PerakMan dijumpai di Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 dan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati PerakMan adalah rangka manusia yang telah berusia antara 10000 hingga 11000 tahun.


       
        PerakMan adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Aktiviti utama PerakMan ialah memburu, memungut bahan-bahan yang dapat diperolehi dari hutan dan sungai untuk menjalankan kehidupan.


     
        PerakMan adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. 


        PerakMan telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan posisi foetal iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Dia memiliki tangan kiri yang lemah dan satu jari yang cacat. Ia juga dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154-160cm.


        PerakWoman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8000 tahun yang dijumpai di Gua Teluk Kelawar di Lenggong.