Thursday, October 2, 2014

Pengenalan: Apa itu Arca?


Arca
-satu hasil karya seni halus yang berbentuk 3 dimensi mempunyai nilai estetik atau keindahan uang tinggi berasaskan unsur seni dan prinsip rekaan dan juga memberikan makna atau mesej tertentu.

Melalui Buku Art Fundamentals,
- perkataan arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan menguris.
-Bagi orang Yunani Purba, arca mendefinisikan dalam pembuatan pemodelan yang mudah dibentuk seperti tana liat untuk menghasilkan figures in relief or in the ground. 
-Jadi, orang Yunani  mengkaji dan lebih menfokuskan pelbagai sudut untuk membuat arca bentuk figura.

Sejarah Ringkas


-antara arca yang bersifat tiga dimensi yang awal dijumpai ialah arca dari negara Eropah. Arca ini dijumpai di Gua Hohlenstein, Stadel di Jerman. Arca ini berukuran satu kaki, berbentuk badan manusia dan berkepala binatang. Ia dipercayai dihasilkan oleh masyarakat zaman paleolitik pada 30000-28000 S.M. Arca tersebut berkemungkinan digunakan untuk upacara ritual sesuatu kaum.

-terdapat banyak arca yang dipercayai dihasilkan oleh manusia zaman purba. Terdapat beraneka jenis arca yang dihasilkan oleh tamadun besar manusia seperti di Mesir, China dan India.

-Di Malaysia, penghasilan arca moden telah bermula sejak awal 1960-an. Walau bagaimanapun, penghasilan arca berfungsi seperti kraf tembikar telah pun dihasilkan oleh manusia prasejarah sejak 2000-15000S.M.

1 comment:

  1. Betway casino site - LuckyClub
    Betway Casino site - No deposit bonus for new players, new players luckyclub only, first deposit bonus worth 100, no deposit bonus will be credited on registration.Betway Casino India: Get 50 Free SpinsWelcome Bonus: 100% up to Rs. 50 free

    ReplyDelete