Thursday, October 2, 2014

Subjek Kajian dan Sumber Idea

Tema Projek: Warisan di Muar, Negeri Johor

Sumber Idea: Tarian Singa

Festival Tarian Naga Unicorn Singa Peringkat Sabah Tahun 2014 Festival Tarian Naga, Unicorn & Singa Peringkat Sabah Tahun 2014



Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Sejarah singa
Kostum Singa Selatan
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian Singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat atau memminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.


Subjek Kajian:
Reka Bentuk Struktur Replika Raja Tarian Singa di Muar


Tarian singa berasal dari Negara China dan merupakan suatu tarian tradisi di kalangan penduduk Negara China untuk meraikan hari-hari perayaan dan kebesaran sebagai tanda yang memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Tarian singa turut telah disebarkan oleh penduduk Negara China yang berhijrah ke merata tempat di seluruh dunia.

Persatuan Tarian Singa "Kuan Seng Kong" telah ditubuhkan pada tahun 1988. Setelah dikaji dan diselidik secara teliti oleh beberapa orang tokoh berpengalaman dalam tarian Singa, pertubuhan ini telah dapat menghasilkan jenis tarian singa atas tiang yang berjaya membawa tarian singa tradisional ke suatu tahap yang cemerlang. Tarian singa yang direka telah memberikan kecergasan dan keceriaan kepada tarian singa tradisional sekaligus menambahkan seri kepada tarian singa yang sedia ada. Dalam pertandingan-pertandingan bertahap dunia yang dijelajahi dalam tempoh masa 23 tahun. Tarian Singa yang diketuai oleh Pertubuhan ini telah dapat meraih 40 kali Juara. Ini bukan sahaja memperkembangkan seni tarian singa ke seluruh dunia, malah juga menyumbangkan jasa tidak terhingga kepada sekitar pelancongan di Negara ini. Tarian singa atas tiang kini sudah melepasi balasan sempadan kenegaraan serta bangsa, dan kini telah menjadi suatu tradisi budaya Cina yang disanjungi dan dialu-alukan di seluruh dunia.

Pada bulan Julai 2007, Kerajaan Malaysia telah mengiktirafkan tarian singa atas tiang sebagai suatu seni budaya warisan Negara ini di kalangan masyarakat Cina di Negara ini. 

Pada bulan Februari 2010, setelah diseru oleh Gabungan Persatuan-persatuan TiongHua Muar, Menteri Besar Negeri Johor, YAB Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman telah meluluskan permohonan masyarakat Cina untuk mendirikan suatu tugu Tarian Singa di kawasan Bandar Muar. Pada bulan Mei 2011, Majlis Perbandaran Muar telah secara formal meluluskan pembinaan tugu lambang tarian singa di kawasan Bandar Muar. Kawasan tugu lambang tarian singa ini akan menjadi suatu ikon perlancongan oleh para pengunjung dan pelawat dari dalam dan luar negara kelak.

Bandar Muar merupakan tempat asal kelahiran raja Singa. Setelah diusahakan oleh pelbagai pihak termasuk MCA Bahagian Bakri yang mendermakan kawasan tapak tanah tugu Tarian Singa, serta sumbangan dan sokongan masyarakat Cina secara umumnya, Pembinaan Tapak Tugu Tarian Singa ini, budaya tradisi Cina ini agar ia akan berlarutan selama-lamanya.

Disediakan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan TiongHua Muar,
Dec,2011.












No comments:

Post a Comment